Salam semua. baru baru ini ayah cik enal terjumpa artikal ini. Mari kita baca bersama.
Dalam usaha untuk memantapkan dan memajukan lagi system
pendidikan ,Kita sedia maklum JPN telah melantik Guru Perpustakaan dan Media
TUGAS GURU PERPUSTAKAAN MEDIA
1. Merancang
dan mengajar mata pelajaran antara 6- 8 waktu seminggu.
2. Merancang
dan melaksanakan dasar dan program
tahunan PSS bersama-sama Pengetua/ Guru Besar , kaki tangan Pusat Sumber
Sekolah, guru-guru,dan murid-murid.
3. Merancang
dan menguruskan belanjawan tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama Jawatan Kuasa
Kurikulum Sekolah.
4. Merancang
pemerolehan dan pembinaan koleksi yang konprehensif, seimbang, dan kemas kini.
5. Merancang
dan melaksanankan Program Kemahiran Maklumat
dan Perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran.
6. Merancang
dan mengurus program pembacaan( Program NILAM) dan pembudayaan ilmu.
7. Merancang,
melaksana dan menyelaras program pembangunan staff dan program latihan dalaman
berhubung dengan Pusat Sumber.
8. Merancang,
dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah.
9. Bekerjasama
dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan
sumber.
10. Berhubung
dan bekerjasama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri(BTPN)/ Pusat Kegiatan
Guru (PKG)/ Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat
Sumber Sekolah.
11. Menyelia
dan mengurus bahan-bahan Pusat Sumber Sekolah.
12. Menyedia
dan mengedar minit mesyuarat Jawatan Kuasa Induk dan Jawatan Kuasa Kerja Pusat
Sumber Sekolah.
13. Memantau
dan mengawal selia pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah.
14. Melaksanakan
tugas semakan stok dan inventori peralatan Pusat Sumber Sekolah.( termasuk
bahan, alatan dan perabot)
15. Mempromosi
dan menjadi ahli Persatuan Pusat Sumber Sekolah (PSSNPPk).
16. Menjalankan
penyelidikan/kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan Pusat Sumber
Sekolah.
17. Menyediakan
laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan, program dan
aktiviti serta kewangan Pusat Sumber Sekolah.
18. Menghantar
data dan laporan Program Pusat Sumber Sekolah khasnya Laporan Program NILAM ke
Behagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui PKG dan
PSPN pada setiap tiga bulan.
Comments
Post a Comment