PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI GPM ( GURU PERPUSTAKAAN MEDIA)






Peringkat :               Sekolah Menengah dan Rendah
Jawatan :                 Guru Perpustakaan dan Media
Waktu bertugas :   Mengikut waktu persekolahan. Bagi sekolah dua sesi, waktu                            berrtugas boleh disesuaikan merangkumi kedua-dua sesi persekolahan.
           

A.        Pengajaran dan Pembelajaran

1.          Membuat perancangan pengajaran, melaksanakan pengajaran mata pelajaran n  
           mengikut garis panduan dan tahap kebolehan murid.
2.          Merancang dan mengajar mata pelajaran tidak melebihi 6 - 8 waktu  seminggu.
3.          Merancang dan melaksanakan tugas yang berkaitan dengan pengajaran dan   
           pembelajaran.
Memastikan mesyuarat jawatankuasa pss dilaksanakan

B.        Pengurusan Pusat Sumber Sekolah

1.                 Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana sepenuh masa pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
2.                Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana program galakan membaca termasuk Program NILAM.
3.                Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana program literasi maklumat dan literasi teknologi pendidikan.
4.                Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana sepenuh masa pengurusan Pusat Sumber Sekolah
5.                Merancang dan melaksana dasar, program jangka panjang  dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah.
Ruang kecil bukan halangan untuk mengujudkan suasana ceria di PSS
6.          Merancang pemerolehan, pembinaan dan pengurusan koleksi yang          
           komprehensif, seimbang dan kemaskini.
7.                Merancang, menyelaras dan melaksana akses kepada koleksi Pusat Sumber Sekolah melalui satu sistem pengesanan maklumat yang cekap dan berkesan melalui penggunaan carian maklumat secara berkomputer.
8.                  Merancang, menyelaras dan membantu murid dalam mengenal pasti, mengesan dan menginterpretasi maklumat yang terdapat di dalam dan luar Pusat Sumber Sekolah.
Kreativiti dan kesungguhan perlu
9.                Merancang dan melaksana perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
10.       Merancang, menyelaras dan melaksana program pembangunan staf       
            berkaitan pengurusan dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah.
11.             Bekerjasama dengan panitia mata pelajaran dalam menggunakan  pelbagai kaedah instruksional berasaskan sumber dan teknologi pendidikan yang berkesan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
12.             Bekerjasama dengan panitia mata pelajaran dalam pentaksiran, penilaian dan penyampaian maklumat serta penghasilan media.
13.             Bekerjasama dengan panitia mata pelajaran dalam merancang, mengajar, menilai pengajaran dan pembelajaran berkaitan kemahiran mengakses, mengguna dan mempersembahkan maklumat.
14.            Bekerjasama dengan Guru Penyelaras Bestari / Guru Penyelaras ICT dalam memberi bantuan penggunaan teknologi pendidikan, teknologi baru, undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan penggunaan maklumat dan penghasilan pelbagai media.
15.             Merancang, mengurus dan melaksana program dan aktiviti promosi berkaitan bahan, peralatan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan maklumat  warga sekolah.
16.       Mengurus dan melaksana Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan        
            Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah.
17.       Menilai keberkesanan pelaksanaan program, perkhidmatan dan   penggunaan   
            Pusat Sumber Sekolah.
18.       Melaksana tugas semakan stok dan inventori koleksi dan peralatan Pusat   
            Sumber Sekolah.
19.       Menjalankan kajian / inovasi berkaitan peningkatan perkhidmatan dan    
            pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
20.       Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan Pusat Sumber  
            Sekolah.
21.       Berhubung dan bekerjasama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan,      Bahagian  Teknologi Pendidikan Negeri, Pusat Teknologi Pendidikan      Bahagian, Pusat Kegiatan Guru dan agensi berkaitan untuk   meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat Sumber Sekolah.
22.       Melaporkan pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah kepada           Bahagian Teknologi Pendidikan melalui Pusat Kegiatan Guru dan  Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri.

C.        Penglibatan Profesional

1.          Menjadi ahli Persatuan Perpustakaan / Pusat Sumber Sekolah Negeri.
2.          Menjadi pakar rujuk dalam pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
3.          Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi       pendidikan.
D.        Am

1.         Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa ke semasa.


Usaha dan kerjasama berjaya mengujudkan keceriaan untuk bersama


Comments

Popular posts from this blog