Menghayati Merdeka Memahami Jiwa Negara
MERDEKA
Satu jeritan yang banyak
berulang meresap
meresap... seperti senyum gadis di
pertemuan
menerawang... serupa gema di tengah
malam
merempuh... seperti kereta kebal di
medan perjuangan.
Pekiklah!
Jeritlah!
Dan...
Maralah!
Tongkat Warrant
4 Julai 1954
Kini kita telah menghirup nafas merdeka kesekian lama. Pelbagai watak kita bawa dalam mengisi alam merdeka. Kita mempunyai pelbagai alasan ,ulasan dan hujahan mempertahan setiap pertikaian tentang cara penghayatan kita. Kita semakin sedar kita sudah jauh merdeka. Kita semakin matang dalam menzahir bangga sebagai rakyat Malaysia yang merdeka.
Apapun teman dan taulan kata kita, marilah kita memastikan kedaulatan merdeka Malaysia ini kekal utuh dan teguh hingga ke generasi yang akan datang.

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.
Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu..
Nukilan - A Samad Said
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.
Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu..
Nukilan - A Samad Said
Comments
Post a Comment